6 Ciri Terbaru iPhone 6S & iPhone 6S Plus Ini Buatkan Anda Tidak Sabar Untuk Memilikinya

Semalam, pihak Apple telah mengumumkan produk utama mereka dan juga kemaskini kepada keluarga telefon pintar, iaitu Apple iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus.
Dari segi rekaan, ianya masih menyerupai iPhone 6 sebelum ini, dimana iPhone 6S menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci, sementara iPhone 6S Plus pula menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci. Berikut adalah 6 “features” dan ciri terbaru untuk iPhone 6s dan iPhone 6s plus yang membuatkan kami kagum dan tak sabar nak beli.

1. iPhone 6s tersedia dalam variasi warna baru, rose gold.
 Warna rose gold ini kelihatan  seperti warna merah jambu dan amat sesuai untuk wanita feminine.

2. Motion Wallpaper


Motion Wallpaper ini memang tidak jauh berbeza dengan wallpaper live atau gambar latar belakang bergerak pada smartphone lain. Namun menurut Apple, Motion Wallpaper ini lebih kompleks dari apa yang pernah anda lihat pada kebanyakan smartphone.
 
3. iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus membawakan kamera belakang 12-megapixel iSight, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Untuk rakaman selfie, kini Apple menggunakan skrin pada iPhone 6S dan iPhone 6S Plus untuk memaparkan cahaya berwarna putih ketika merakamkan gambar selfie, sekaligus mengelakkan rakaman selfie anda menjadi gelap ketika keadaan malap.

4. Anda juga boleh mengambil rakaman video dalam bentuk 4K.
 

 
5. Live Photo
Fungsi terbaru ini membolehkan anda merakamkan gambar dengan tambahan beberapa saat dalam bentuk video – dan boleh menontonnya dengan menekan pada gambar berkenaan.

 
6. Fungsi 3D Touch
Melalui 3D Touch, pengguna boleh tekan pada skrin pada sesuatu ikon, dan ia akan memaparkan beberapa menu akses pantas.



(Sumber: sajakongsi.com)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment