BAPA YANG SANGGUP RISIKOKAN KESELAMATAN ANAKNYA



Tulisan ini dikongsikan oleh Cikgu Zahran yang menceritakan kejadian dimana seorang anak murid di sekolahnya terpaksa menunggu lama kerana tidak diambil oleh bapanya. Semoga menjadi pengajaran kepada ibu-bapa yang lain. Baca lagi

Kasihan anak kecil ini.usianya sebaya anak saya nisreen aeesya. Darjah 1. Sudah pukul 8 malam lebih bapanya belum datang. Ini bukan pertama kali malah banyak kali. Malah pernah sampai pukul 11 malam. Ibunya di Johor. Emak tak kasi duduk sama sebab kerja.


Saya tidak mahu ulas panjang. Anak adalah amanah Allah. Allah pilih kita jadi ibu dan bapa ada asbabnya. Bila di call tak angkat.

Kami guru risau. kalau berlaku sesuatu... kita akan disalahkan. Mujur ada pengawal keselamatan yang baik.

Kata sang bapa.. cikgu tak perlu risau.. anak ini boleh urus dirinya sendiri. sudah biasa. Anak ini baru 7 tahun. Apalah sangat yang dia tahu. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Pernah ada ibu bapa yang baik hati beritahu saya mereka sanggup bayar utk anak ini tunggu di rumah transit... kita bimbang nanti masalah lain pula timbul.

Kepada sang bapa.. berubahlah.. pahala anak kecil ini sangat banyak untuk kita kongsi.

(Sumber:terkinitv.com)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment