IMAM MASJID NEGARA DITAMPAR KETIKA MENGIMAMKAN SOLAT JUMAAT




Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 masjid tersebut ketika sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika di solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.

Tadi tgh solat jumaat di masjid negara, tgh imam baca surah, ada org rampas microfon, pastu jerit2 .. U go back... U go back.. Tak pasal2 kena mula balik solat..
Posted by Shaiful Izam Shahruddinon Thursday, September 17, 2015

Orang ramai dikatakan telah bertindak menangkap lelaki berkenaan dan berlaku sedikit kekecohan diluar masjid ketika lelaki tersebut hendak diserahkan kepada polis.




 Kredit gambar: Astro Awani


Bagaimanapun sehingga kini kami belum dapat mengetahui punca lelaki berkenaan bertindak demikian. Berita selanjutnya akan dikemaskini. 
(Sumber:Siakapkeli.my)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment