KEMBARA TEMPAT MENARIK DI PARIS (PART 1)

Sempena cuti sekolah ni, MG dan famili menjelajah ke Paris, Perancis. Perjalanan ke Paris mengambil masa 14jam. Untuk perjalanan MG ke sini, kami bertolak dari KLIA bergerak ke Abu Dhabi untuk transit dan sambung terus ke Paris.

(22/9/2015)
Pada pukul 3p.m. kami tiba di Charles De Gaulle Airport Terminal 1. Setiba disini kami terus mencari transport untuk menuju ke hotel penginapan, hotel Eiffel Seine. First, kena naik tren untuk ke Gare de Node.Gare du Nord ni macam KL Sentral di Malaysia. Stesen keretapi berada di Terminal 3 di airport. Setiba di Gare Du Nord, kami mencari stesen bas untuk ke Dupleix.Kami perlu berjalan lebih kurang 10min untuk ke hotel. Sebenarnya naik menggunakan tren terus ke sini lagi dekat.Hanya beberapa tapak terus sampai hotel.Tapi awal-awal tiba kami tak tahu, terpaksalah menapak dari stesen bas ke hotel kami. Setiba di hotel kami berehat dan keluar untuk mencari makanan halal. Disini kami berjalan 800m untuk makan Nasi Arab di Restoran Lubanese.
Mencuba hidangan di Restoran Lebanese, 14€ satu hidangan
Naik bas untuk ke hotel
(23/9/2015)
   Pada hari ini, kami pergi melawat ke Eiffel Tower yang terletak di Taman Champ de Mars, tempat yang wajib dikunjungi apabila tiba di Paris. Masing-masing mengenakan pakaian raya sebab esok merupakan Hari Raya Aidiladha di Malaysia. Kami hanya berjalan dalam 200meter dari hotel untuk ke Eiffel Tower. Tiba disini ramai pelancong yang tengah bergambar. Kami pun bergambar dengan busana raya di sini.Beberapa spot kami cari untuk mendapatkan scene gambar menarik.Waktu bergambar, ramai pelancong yang nak bergambar bersama kami. Sebab diorang kagum tengok pakaian raya kami yang sedondon. Bangga rasanya mengenakan baju melayu di perantauan. Dua jam juga kami bergambar disini.
Bergambar di taman berhampiran Eiffel Tower


Bergambar di Eiffel Tower


   Selepas tengah hari kami melawat ke Sungai Seine sambil menikmati panorama indah disini. Ada disediakan perkhidmatan cruise disini.Tapi kami prefer berjalan untuk merasa suasana di Sungai Seine. Banyak playground dan tempat-tempat rekreasi disepanjang laluan Sungai Seine.
Kami berjalan menuju ke Jambatan Pont Des Arts. Uniknya jambatan ni, terdapat banyak padlock yang dikunci disini dan kuncinya dibuang ke sungai. Kononnya untuk pasangan yang bercinta, mereka mengunci cinta mereka dengan kunci padlock dijambatan ni. Kawasan ni dijadikan scene penggambaran "Now You See Me".
Pemandangan dari tepi Sungai Seine

Budak comel nii main scooter di tepi Sungai Seine

Jambatan Pont Des Arts



  
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: