Mencuba Hidangan di Kilang Bateri

  Semalam, MG dinner di Kilang Bateri yang terletak di Uda. Pelikkan kenapa makan di kilang bateri? Sebenarnya dulu sini pernah dibuka kilang bateri. Kemudian kilang ditutup dan dibuka beberapa booth makanan. Kira macam foodcourt . Ada juga booth-booth yang menjual barangan seperti tudung dan pakaian.Disini decorationnya seperti ala-ala funky macam tu. Keadaan sangat happening disini. Boleh dikatakan sesaklah dengan pengunjung.



Ada display sebuah motor stylo sebagai decoration


Kalau tak silap kilang ni baru dibuka beberapa bulan. Maknanya dalam sebelum puasa rasanya. Ada macam-macam restoran dengan macam-macam jenis makanan. Pengunjung boleh memilih ikut taste masing-masing. Ada Apro Street Food, Nasi Beriani Utara, House of Bubur,Mom's Kitchen, Chicken Chop dan banyaklah lagi.Kalau nak tulis semua alamat tak cukup page nanti.




 Hihi. MG harini mencuba Chicken Chop Grill dan Meatball 12pcs.Chicken Chop tu MG nak cuba sebab faymes disini dengan harganya cuma RM5. Tapi MG mencuba yang grilled version dalam RM8. Nak beli chicken chop ni memang kena beratur panjang.


Yang tengah beratur panjang tu booth menjual chicken chop

Ni meatball dari Apro Street Food yang MG cuba. Ada 12pcs meatball dengan harga RM10

Lambchop dari booth Chicken Chop. Harganya dalam RM12



Ni laksa penang yang dibeli dari Mom's Kitchen dengan harga RM5

Ini Chickenchop grill dilbeli dari booth Chickenchop dengan harga RM8


Itulah antara menu yang terdapat disini. Jangan fikir bukan-bukan ye. MG bukan makan semua dalam gambar tu. Ni family member punya. Kalau MG sorang makan tak larat jawabnya. Bagi MG dan family , yang paling best meatball dari Apro Street Food. Rasa potato wedges sedap, meatball pula makan dan dicicah dengan sos cili dan jem. Memang terbaik. Untuk Chickenchop dan lambchop dari booth Chickenchop, kalau dapat pekatkan lagi sos blackpaper tu mesti akan lebih mengancam.

   Ok pada sesiapa nak mencuba hidangan di Kilang Bateri, bolehlah berkunjung Kilang Bateri, Uda bersebelahan dengan apartment dan stesen minyak Petronas, Uda.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment